Sunday, September 12, 2010

Tips Kejayaan

Pada rakan kongsi sekalian untuk berjaya kita perlu amalkan 5K.

1. Keyakinan
Yakin pada produk, pelan pemasaran dan yang paling penting sekali kita perlu yakin dengan diri sendiri kerana semakin tinggi keyakinan kita, semakin hampir kita dengan kejayaan. Setiap orang mempunyai potensi dan kelebihan yang tersendiri yang tiada pada orang lain. Sentiasa berfikiran positif kerana kita akan menjadi seperti yang kita fikirkan. Sebenarnya, diri kita adalah musuh yang tidak nampak yang perlu kita tewaskan.

2. Keberanian
Macam mana nak lahirkan keberanian? Untuk lahirkan keberanian, kita perlu tetapkan matlamat kita dengan jelas. Matlamat yang jelas menjadi kita berani bertindak. Matlamat yang jelas disertakan dengan keyakinan yang tinggi akan membawa kearah kejayaan.

3. Komitmen
Komitmen pada bisnes dan rakan kongsi. Kesungguhan dalam menjalankan perniagaan dengan menghadiri majlis ilmu. Hanya ilmu yang membezakan seseorang. Kejayaan kita bergantung kepada berapa banyak pengorbanan yang kita lakukan.

4. Konsisten
Cabaran dan rintangan adalah asam garam dalam menjalankan perniagaan. Ini kerana ia adalah guru yang paling berharga dan bukan penamat segala. Hujan di waktu pagi tidak semestinya hujan sepanjang hari. Walau apa pun yang berlaku, perjuangan perlu diteruskan. Apabila ada cabaran baru, akan wujudnya tekanan dan apabila adanya tekanan kita akan lakukan tindakan. Apabila banyak tindakan yang dilakukan, kita mesti berjaya.

5. Kreatif
Kreatif dari segi masa dan rangkaian.

Lebih baik melalui detik penuh getir yang singkat daripada menghadapi keperitan sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment

A.T 181 DI SAFIRA CLUB, SEBERANG JAYA

A.T 181 DI SAFIRA CLUB, SEBERANG JAYA
Safira Club 3 Aug 2010, 1st time aku join Seminar dengan group Akademi Taipan 181... Memang bersemangat.. Warga Taipan Utara. Perak+Penang+Kedah+Perlis dan ada lagi yang datang dari jauh.

Safira Club 4 Aug 2010, CDM Ali dan CDM kamarudin pun ada. Siap duduk depan lagi dari mula sampai habis.

Safira Club 18 Aug 2010, CDM Kartini pun datang menbawa pesanan2 & ilmu2 untuk dikongsi bersama.

Safira Club 18 Aug 2010, CDM kamarudin & CDM Kartini beri semangat & ilmu pada kami. Ilmu yang telah terbukti hasilnya. Buat & ikut, pasti berjaya.

Safira Club 25 Aug 2010, Warga Taipan Utara. Ramai & terus ramai. Hebat & terus hebat.

Safira Club 25 Aug 2010, selalunya aku tengok DDM Nizam nie dalam iklan TV jer. Hari nie aku berpeluang berjumpa dengannya. Sharing yang sangat hebat oleh DDM Nizam.

Safira Club 2 Sept 2010, CDM Che Mat menerangkan tentang plan pemasaran